Wednesday 11 February 2015

Borang untuk order

Kajian dari Mardi

RAMAI yang beranggapan kelulut merupakan sejenis serangga seperti lebah madu yang tidak boleh menghasilkan madu dalam kuantiti banyak. Hakikatnya, serangga yang banyak ditemui di hutan hujan tropika itu boleh membantu menjana pendapatan seseorang jika bersungguh-sungguh mengusakan dan tahu kaedahnya.

Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) penternakan kelulut yang diusahakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya membuktikan meningkatkan pengeluaran madu kelulut sehingga 2 kilogram (kg) untuk satu koloni dalam tempoh satu bulan.

Menurut Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd. Fahimee Jaapar, sebelum ini kelulut hanya digunakan sebagai ajen pendebungaan sahaja dan biasanya boleh menghasilkan madu dalam tempoh satu bulan.

"Sebelum tahun tahun 1990, madu kelulut belum lagi dikomersialkan, selepas melihat potensi kelulut, satu program telah diaktifkan oleh MARDI untuk mengkaji perilaku serangga tersebut," katanya ketika ditemui.

Hasil penyelidikan tersebut telah berjaya dimanfaatkan oleh beberapa usahawan produk berasaskan madu, termasuklah Syakirah Hamdan, 24.

Menurut pengusaha madu kelulut yang banyak mendapat nasihat dan tunjuk ajar MARDI itu, beliau berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu dan propolis serangga tersebut.

Propolis ialah struktur binaan sarang kelulut dan kantung simpanan madu yang dihasilkan daripada campuran resin pelbagai sumber botani seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan.

Potensi kelulut

Propolis terbahagi kepada dua iaitu propolis yang lembut dan keras dan rapuh.

Syakirah yang mengambil alih perniagaan Trigona Bee daripada ibunya, Norlezah Baharom, 53, akhir tahun lalu menjelaskan, hasil kerjasama dan khidmat nasihat MARDI membolehkan madu dihasilkan lebih banyak dan berkualiti sehingga boleh dikomersialkan.

Ujar bekas penuntut Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur jurusan Diploma Perniagaan itu, sebelum ini Trigona Bee ditubuhkan pada tahun 1995, syarikat tersebut hanya menternak lebah madu sahaja, namun setelah mendapati potensi dan khasiat madu kelulut lebih baik maka syarikat tersebut cuba kepada menternak kelulut.
MADU kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan baik untuk kesihatan.

"Madu lebah kelulut mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan dipercayai dapat melambatkan proses pengoksidaan dalam badan. Ia baik untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam plasma darah dan risiko mendapat kanser perut," katanya ketika ditemui di Kajang, Selangor.

Kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaannya meningkat sekali ganda sehinggakan syarikat tersebut sukar menampung permintaan tersebut. Madu kelulut syarikat itu diperoleh daripada penternakan dua buah ladang yang terletak di Semenyih dan Serdang, Selangor.

Tambah gadis yang masih belum berumah tangga itu, lebihan permintaan tersebut berlaku disebabkan kelulut hanya menghasilkan madu secara bermusim iaitu pada musim pokok berbunga sedangkan permintaannya berterusan.

Ujar Syakirah, madu kelulut dijual pada harga RM40 bagi 350 gram.

Selain penjualan madu lebah dan kelulut, syarikat Trigona Bee turut menjual koloni kelulut kepada pelanggan yang berminat untuk menternaknya pada harga antara RM400 hingga RM1,000 untuk satu koloni bergantung kepada spesies kelulut.

"Sifat kelulut yang tidak menyengat berjaya menarik minat ramai orang untuk membeli koloni dan menternaknya sendiri di rumah," kata Syakirah yang banyak dibantu keluarganya.

Jenis madu

Kini, hasil jualan keseluruhan produk syarikatnya mampu mencecah RM20,000 sebulan sekali gus menjadikan Syakirah tidak menang tangan.

Selain madu kelulut, syarikatnya turut menawarkan madu-madu lainseperti Madu Hutan, Madu Habbatus Sauda, Royal Honey, Madu Propolis,

"Madu-madu tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri.

"Misalnya, madu hutan yang boleh membantu meringan batuk, lelah, selesema dan masalah tenaga batin," katanya sambil memberitahu produk tersebut mendapat sambutan daripada pengguna dari luar negara seperti Asia Barat.


Khasiatnya

Khasiat
  1. Kencing manis
  2. Strok
  3. Kanser
  4. Hipertension
  5. Gaut
  6. Sakit sendi
  7. Kuatkan tenaga batin
  8. Anti penuaan
  9. Jerawat
  10. Kudis, kurap atau jangkitan kulat pada kulit
  11. Tingkatkan metabolisme
  12. Memulihkan kecederaan dalaman

Video tentang madu kelulut

Di rtm



Proses menuai madu kelulut


Madu kelulut banyak khasiat.



Gambar

Sarang madu kelulut

Seorang pakcik menujukkan diaman lebah kelulut tinggal


Selepas dibotolkan
Madu di dalam botol

Tuesday 10 February 2015

apa itu madu kelulut

KELULUT (Trigona spp) merupakan sejenis serangga yang tidak menyengat dan mampu menghasilkan pelbagai produk seperti madu, propolis dan sebagainya. Madu kelulut pda masa ini dijual dengan harga premium kerana khasiatnya dan kesukaran untuk mendapatkan madunya. Serangga kecil berwarna hitam ini diternak menggunakan teknologi yang semakin sistematik menggunakan kayu dan haif moden.
Penulis mendapati permintaan madu dalam negara sama ada daripada lebah Tualang (Apis dorsata), Lebah Keran (Apis cerana) dan lebah Impot (Apis mellifera) memang tidak mencukupi untuk keperluan tempatan. Selain daripada banyaknya madu yang diimpot dari luar negara, cabaran palng utama dalam industri ini adalah daripada aktiviti pembuatan dan penjualan Madu Tiruan (Sila klik disini, Sila Klik disini dan Sila klik disini). Beberapa laporan ada menyatakan kehadiran madu tiruan mencecah lebuh 60% dipasaran tanpa disedari oleh pengguna. Dari segi rupa dan warna madu tiruan memang agak sukar untuk dibezakan dengan madu asli bagi kebanyakan pengguna. Beberapa petua yang ada pun tidak mencukupi bagaimana untuk membezakan kualiti madu dan hanya boleh disahkan dimakmal sahaja. Kepekatan juga berbeza antara madu lebah dengan madu kelulut. Madu lebah biasanya lebih pekat dengan kandungan air sekitar 18 -20% sahaja berbanding dengan kandungan air dalam madu kelulut mencecah 30%. Rasa dan aroma madu lebah dengan madu kelulut juga berbeza kerana saya dapati madu kelulut lazimnya 'lebih masam' kerana mengandungi asid lebih tinggi daripada madu lebah. Teknik pengeluaran madu kelulut juga lebih sukar kerana kelulut hanya serangga kecil yang akan menyimpan madunya dalam kantung khusus. Bagaimana pun kini ada beberapa penternak yang berjaya menghasilkan madu kelulut dalam masa singkat dengan kuantiti yang banyak untuk dijual sebagai produk komersil. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa hipotesis (kemungkinan) berlakunya penipuan sekadar untuk renungan dan bahan bacaan sahaja. Kelulut sama ada jenis Trigona itama atau Trigona thorasica adalah dua spesia yang paling popular diternak di Malaysia masakini. Kedua-duanya mempunyai tabiat berlainan walau pun cara pengurusan yang dijalankan agak serupa. T. itama lazimnya lebih disukai oleh penternak berbanding dengan jenis T. thorasica bergantung kepada lokasi dan juga sumber makanan. Kajian penulis dibeberapa negeri kepada usahawan kelulut sedia ada mendapati T. thorasica seduai dikawasan seperti di utara Semenanjung Malaysia sementara T. itama di bahagian Selatan Semenanjung dan juga amat popular di Kelantan. Bagaimana pun ramai usahawan yang suka jenis T. itama kerana ia lebih mudah diuruskan, jarang diserang penyakit dan produktif jika sumber makanan mencukupi. Kebanyakan usahawan kelulut masa kini menggunakan Kotak Super atau Kotak Madu yang diletakkan diatas tunggul kayu atau haif anak (Brood). Kotak ini selalunya dibuat lubang 2 inci dibawahnya untuk menghubungkan antara bahagian anak dengan bahagian penyimpanan madu. Kelulut akan membuat kantung untuk menyimpan madu dan akan ditutup apaabila ia telah penuh (Sila lihat foto disebelah). Madu kelulut ini akan dikutip menggunakan alat khas (banyak jenis alat untuk menyedut madu kelulut) dan dikumpulkkan dalam bekas madu. Kaedah semulajadi penyimpanan madu kelulut selalunya mengambil masa beberapa minggu atau bulan sebaik sahaja memulakan projek baru. Bagaimana pun ada dikalangan pengusaha mungkin menggunakan teknik meletakkan 'cup plastik' untuk mendapatkan madu kelulut dengan cepat. Bagaimanakah cara ia dilakukan?. Kaedah yang digunakan dalam aktiviti penternkan lebah kelulut menggunakan 'cup plastik madu' ini belum ramai mengetahuinya kecuali mereka yang telah berkursus atau melawat projek ternakan kelulut. Cup plastik akan disusun dalam kotak madu kelulut apabila koloni kelulut aktif mengumpulkan madu. Madu kelulut akan diisikan dalam cup plastik tersebut secara berpetingkat-peringkat sehingga penuh secara semulajadi. Apabila cup plastik tersebut telah penoh maka ia akan ditutup dengan rapi. Teknik menuai madu kelulut dalam cup adalah lebuh mudah dengan kandungan yang serupa setiap cup plastik tersebut. Hujung 'suction hose' hanya perlu dicucuk kedalam cup tersebut untuk mengutip madu. Penggunaan cup madu dalam industri ternakan kelulut ini amat membantu pengusaha kelulut untuk lebih komersil dan berdaya saing. Bekalan cup madu ini lazimnya diimpot dan boleh dibeli daripda pengusaha kelulut komersil sedia ada. Bagaimana pun teknologi yang baik ini boleh di'salahgunakan' oleh usahawan yang TIDAK JUJUR dan ada niat menipu. Caranya adalah dengan meletakkan madu lebah (madu asli atau madu tiruan) dalam cup plastik dan kemudian meletakkan cup tersebut dalam kotak madu kelulut. Proses seterusnya adalah dimana kelulut pekerja akan mengambil madu tersebut dan mengalihkannya ke dalam kantung madu semulajadi atau pun ia akan menutup cup plastik tersebut seperti madu asli. Apabila keseluruhan cup telah ditutup maka ia seakan madu kelulut asli setelah disimpan didalamnya untuk satu jangkamasa yang tertentu. Apabila dituai, madu daripada cup ini memang mempunyai bau seperti madu kelulut kerana telah ditutup rapi dan ada sentuhan daripada kelulut sendiri. Madu ini akan dituai dan dibotolkan didakwa sebagai madu kelulut asli. Walau pun belum ada laporan rasmi mengenai perkara ini tetapi beberapa pemborong madu kelulut yang ditemubual ada menyatakan kehairanan terhadap pengusaha kelulut yang baru menceburi bidang ini. Seorang daripadanya yang bernama Encik R... menyatakan bagaimana seorang baru mula menternak kelulut yang hanya ada 15 koloni (kotak) kelulut dalam masa 2 - 3 bulan mampu menjual madu kelulut dalam jumlah yang berganda daripada dia yang mempunyai 50 koloni kelulut yang menternak lebuh 2 tahun. Adakah dia menggunakan teknik cup diatas?. Adakah dia membeli madu kelulut tiruan daripada pasaran luar?. Bermacam hipotesis boleh kita buat mengenai perkara ini. Semuga coretan ini dijadikan panduan kepada semua penternak kelulut dan pembeli madu kelulut. Pastikan beli madu kelulu yang asli.